Friday, November 20, 2009

18:11, Tuesday, 17 November 2009

5 Tahun 5 Bulan hasil karangan Hlovate sangat menarik hati ini. Seorang penulis yang menulis lain dari novelis lain. Sekali baca memang la hasilnya sama seperti novel-novel lain tapinya cara penyampaiannya sangat berbeza. Dengan menggunakan bahasa-bahasa yang biasa kita pertuturkan bahkan diselit dengan nilai-nilai murni Islam. Tidak keterlaluan langsung. Nilai-nilai yang ditayangkan oleh Hlovate adalah nilai-nilai yang paling asas yang patut diterapkan oleh kita orang Islam. Namun sayang sekali nilai tersebut tidak diterapkan di bumi Malaysia. Jelas sekali aku sendiri tergolong dalam golongan itu. Insaf aku dengan kesilapan yang pernah aku lakukan dahulu. Novel Hlovate juga penyumbang kepada keinsafan itu selain dari para pendidik-pendidik dan rakan-rakan dari UiTM di Machang, Segamat serta Merbok. Tanpa mereka aku mungkin lebih hanyut dalam dunia yang penuh dengan nafsu semata. Sebuah lagi hasil Hlovate iaitu Ked’s Story jua sarat dengan pengetahuan umum bagi remaja agar tidak lalai dengan keseronokan dunia semata. Penerapan nilai-nilai seperti menegah kemaksiatan dengan mengetengahkan watak-watak yang menitikberatkan hukum-hukum asas dalam Islam seperti menjaga akhlak, menjaga maruah, menjaga aurat dan pergaulan. Nilai-nilai dahwah tersebut adalah cara terbaik yang dapat mendidik masyarakat ke arah jalan yang benar. Hmmm…how I wish I was in the story. But life does not go the way we want it to be kan? Aku bukan watak-watak seperti dalam novel. So stop dreaming la Fatin Shazwani… =P

No comments:

Post a Comment